Bulan Merdeka "Tanah tumpah darahku" akan tiba. Saya akan mencuba menulis artikel saya dalam bahasa malaysia sepanjang bulan ogos. Minta maaf kalau ayat- ayat atau kata- kata yang saya gunakan berbau bahasa indonesia.

Malaysiakini sekarang menjadi salah satu media utama yang menyediakan berita - berita tempatan. Boleh dikatakan ia menjadi salah satu media pilihan utama rakyat malaysia yang berada di malaysia dan di luar negara. Saya ingin mengucapkan syabas kepada malaysiakini kerana "BERANI" menyajikan pelbagai jenis berita -berita yang tidak mungkin kita dapat dari media yang lain.

MALAYSIAKINI juga membuktikan bahawa ia adalah lain daripada yang lain dalam banyak hal. Iya sangat "user friendly" and "internet friendly". Mungkin satu satunya media berita malaysia yang mengamalkan sistem "2-way" dengan rakyat. Saya tidak bermaksud untuk memburukan media media lain. Yang saya bicarakan sini adalah pendapat peribadi saya.

TAPI KENAPA MALAYSIAKINI SEMAKIN LAMA SEMAKIN MENJADI SEPERTI MEDIA RESMI ANTI-BN???

Pada pendapat saya, Sebagai satu "media harapan" rakyat Malaysia, malaysikini harus bersikap lebih adil. Kita harus akui peranan malaysiakini dalam isu sosio politik pada zaman "virtual information" ini. Jadi malaysiakini harus menyediakan berita - berita yang benar tanpa memilih satu parti atau fahaman politik yang khusus.

Dengan itu, saya percaya malaysiakini akan menjadi satu medium berita dan pendapat sosio politik malaysia yang diterima oleh rakyat malaysia tanpa mengira perbezaan pegangan politik.

Ini adalah pendapat peribadi saya. Apa kata Rakyat?

5 comments:

Anonymous said...

MSM 100% tidak beri gambaran sebenar kepada rakyat. Itu lagi banyak bilangan dan jenisnya. Saudara harus tanya kepada penerbit semua MSM yang ada soalan kenapa hanya gambarkan kerajaan 100% bagus? Seolah olah MSM itu suara kerajaan...Barulah adil. Kita perlu juga ketahui berita-berita yang bukan 'feel good' sahaja...untuk itu MSM sudah cukup saya rasa. Jadi apa salahnya jika hanya satu media itu pun dalam bentuk Malaysiakini (bukan dalam bentuk surat khabar biasa) berikan kita berita yang menurut saudara 'seperti pembangkang'. Saudara harus berterima kasih kepada Malaysiakini....

Anonymous said...

Saya tak setuju.

Malaysiakini melaporkan secara adil. Dua dua dia hentam. Bila BN ada masalah, Malaysiakini serang. Bila PR ada isu, pun dia serang.

Mungkin saudara nampak ianya seperti anti BN kerana berita-berita sebegitu tidak dilaporkan dalam MSM.


*mus-anus*

Anonymous said...

Something fishy is happening with Malaysiakini. Suddenly my Blog Margeemar, Zorro and Nur Aflah have stopped apearing on Malaysiakini. In fact all history of Margeemar,Zorro and Nur Aflah on Malaysiakini have been wiped out. I think we are not the only ones. There are others too. On the other hand, the likes of Khir Toyo, Muhammad Taib and Wong Chun Wai get their Blogs featured all the time. I smell a rat here. What do you think?

Anonymous said...

I think you are wrong in saying malaysiakini is becoming more antiBN. they are stating facts as it happens, and it is for the public to agree or disagree. This does not make it anti or pro anything.
Try reading or listening to the normal media and then give your views.

Anonymous said...

anti bn?i dont think so.less news from bn yes.because everybody who follow politic in malaysia they should know better bn is not that relevant anymore :)