"Bulan Merdeka "Tanah tumpah darahku" akan tiba. Saya akan mencuba menulis artikel saya dalam bahasa malaysia sepanjang bulan ogos. Minta maaf kalau ayat- ayat atau kata- kata yang saya gunakan berbau bahasa indonesia atau english."Saya akan menulis bahagian ke-2 dari artikel "MIC & HINDRAF - Rela Demi Masyarakat India???". Saya mendapat sebanyak 15 comments untuk artikel tersebut. Minta maaf kerana saya hanya dapat aprove 4 sahaja kerana kebanyakan comment tidak begitu sopan. Pada pendapat saya kita masih terlalu emosional. Ciri emosional ini suatu ciri khas Rakyat Malaysia. Dan itulah yang menjadikan special berbanding negara-negara multiracial yang lain.
50% daripada responden menyatakan mereka mahu MIC dan hindraf kerjasama. 40% tidak setuju dan 10% tidak setuju dengan artikel ini. 10% ini mengatakan ini terlalu racist . Saya akan cuba memberikan pendapat peribadi saya. Saya akan menulis MIC & Hindraf - kenapa tidak, kenapa mesti, kenapa sekarang??? ( Why not, Why must, Why now)
Sebelum saya menyuarakan pendapat saya, saya harus mengatakan bahawa artikel ini bukan bermaksud saya hanya mementingkan kaum saya sahaja. Saya lebih bangga mengtakan diri saya bangsa MALAYSIA. Jadi kenapa artikel ini? Kerana saya percaya formula
PERPADUAN BANGSA MALAYSIA = INIDIVIDU + KELUARGA + BANGSA.
MIC - Malaysian Indian congress, sebuah parti politik yang mewakili kaum india di kerajaan selama lebih 50 tahun. MIC adalah antara yang memainkan peranan yang penting dalam usaha melahirkan MALAYSIA MERDEKA. MIC terus berkembang sebagai suatu platform bagi masyarakat india. Sumbangan MIC bagi masyarakat india dan negara tidak boleh dipertikaikan. ( kalau kita lihat dengan mata hati bukan mata politik)
HINDRAF - sebuah NGO yang berani membawakan "ketidak puas hati" masyarakat india ke mata nasional dan internasional. Membuktikan bahawa suara dari kaum terkecil di malaysia boleh membawa kepada perubahan politik. Memaikan peranan penting dalam tsunami politik GE-12.
Keadaan sekarang, MIC harus memantapkan agenda mereka sebagai penjuang atau wakil kaum india. Kita dapat melihat hasil daripada itu. Telusuri web blog saya www.punithanshan.blogspot.com di bawah tag MIC dan MIC Cares.
HINDRAF, yang menyokong pakatan rakyat pada GE-12 telah banyak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Telusuri berita-berita berikut. (Indian groups fedup with pakatan goverments), (HINDRAF Chairman's pressstament) , ("Hindraf: Why so few Indian councillors in Perak?")
Ini mungkin kerana tiak ada platform khusus bagi kaum india di Pakatan Rakyat. Maka suara mereka mungkin tidak dapat disampaikan pada pemimpin atas.
Sekarang MIC secara langsung dan tidak langsung telah menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasa dengan HINDRAF (MIC wooing Hindraf, says Samy) . Kedua pihak ini memperjuangkan hal yang sama. Jadi kenapa tidak berkerjasama untuk tujuan tersebut. Kenapa harus lebih pecah belahkan kaum yang hanya 7 % di malaysia. Kenapa tidak masyarakat india bersatu sebagai satu suara dan 'deman' dari kerajaan pusat melalui wakilnya MIC?
To be continued with MIC & HINDRAF - Kenapa mesti ( Why must)...............
When we act with one determination,
nothing can stop us from fulfilling our dreams,"
Bahagian 1 dari artikel ini -MIC & HINDRAF - Rela Demi Masyarakat India???